Jumaat, 10 Februari 2012

Sedetik Renungan

"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

“Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.”

“Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.”

“Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.”

“Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.”

“Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi.”

Become To Be Entreprenuer...

Salam Guys...

Usahawan...apa yg anda faham mengenai usahawan? Let me introduce...
Usahawan ni merupakan individu yang mengendalikan sesebuah perniagaan serta sanggup untuk mengambil risiko dari setiap perbuatan yang dilakukannya.
Usahawan ini juga merupakan individu yang berdaya inovatif dan sentiasa cenderung untuk menggalakkan pembaharuan bagi kesejahteraan organisasinya sendiri.
Usahawan yang berjaya akan sentiasa :

  • bijak mengambil peluang
  • memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang baru
  • mencari dan meneroka sumber bahan mentah
  • bersikap proaktif, inovatif, berkeyakinan dan cenderung untuk mengambil risiko dalam setiap keputusan yang dilakukan. 
BLOG INI HAK MILIK PERIBADI CIK ELLY