-->
Jari Menaip Dari Hati Ke Hati

Ahad, 20 Januari 2013

Lagu OST Kahwin 5 - Hukum Cinta

Assalamualaikum....

Korang dah tengok filem Kahwin 5? 


Start je cerita tu aku jadi teruja dengar lagu dia...sedap kotttt...tapi tak tau sapa yg nyanyi..
oke takpelah..
kita tgk la dulu ceritanya.....

Ceritanya oke la..
kelakar la jugak, tp tak sesuai budak-budak tengok kot..
mcm lusyahhh sikit..
aku nak tengok dengan abah dan adik-adik lelaki pon jadi segan..
apa daaa main raba, ramas, gentel-gentel...
nasib baik masa aku tengok filem ni, semua orang takde kat rumah..kalau tak, sambil tengok, sambil pura-pura main mesej la..
malu!!! hahhaa..

Dah ending cerita tu, aku pon khusyuk tengok 'credits' dia...
last-last takde pon tulis lagu apa yang dimainkan..
arghhh tensen aku...
nak dengar lagi punya pasal aku pon search google..youtube..yahoo..and segala tempat la aku godek-godek, tapi tak jumpa gak.. 

And akhirnya hari ni...
aku dengan bangganya dah jumpa lagu tu..
yeahhhhhhh...
boleh nyanyi..karok sorang-sorang dalam bilik air...
hahaha 

nah untuk korang yang dah stress mencari... 

Bony- Hukum Cinta


Kisah lalu aku berpesan pada yang bercinta
Jangan sepertiku dulu
Membuat selingkuh
Aku kehilangan pacar tercinta
Karena salahku
Kini jadi pelajaran
Bagi semua yang mendengar

Korus: 

Cewek bila cinta mahunya setia
Beri perhatian penuh padanya
Cowok kalau sayang, jangan coba curang
Haruslah taat pada hukum cinta 

Cewek bila cinta mahunya setia
Beri perhatian penuh padanya
Cowok kalau sayang, jangan coba curang
Haruslah taat pada hukum cinta

Na na na na na 
Na na na na na

Hidup ini seperti 
Buronan cinta 
Cari kebebasan 
Pabila sudah terjerat 
Baru merasa menyesal
Aku kehilangan pacar tercinta 
Karena salahku
Kini jadi pelajaran
Bagi semua yang mendengar 

Ulang Korus



Yang Gigih Menulis Elly Fazlina di 7:02:00 PTG Tiada ulasan:

Jumaat, 4 Januari 2013

Kita Memang Bertuah...yuhuuuu

As salam Sahabat...

Hari ni kita nak bercerita mengenai dengan tuah..ha? bertuah? apa yg bertuah ni? cabutan bertuah ke? nak..nak..nak..... 

Opsss!!! Nanti dulu...


bukan cabutan bertuah la..tapi nak cite betapa bertuahnya diri kita ni hidup di muka bumi Allah.. 

Yela..Memang kita bertuah sangat, sebab kita masih hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.Tidak seperti di Palestin, MasyaAllah, kasihan saudara kita disana yang masih hidup dalam keadaan pergolakan. Tapi mereka tidak takut mati..kerana apa? Mati syahid itu indah...Kita masih bertuah kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat, bebas daripada penyakit, dilimpahkan dengan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Kita patut rasa bersyukur sebabnya kita ni ada pendidikan, walaupun masa darjah 6 dulu korang lari dari ambil exam UPSR. At least korang tau ABC, pandai membaca dan mengira. 

Tetapi perlu diingat, jangan kerana sedikit kesusahan, kita berpaling tadah dengan Allah, kita katakan yang Allah tak sayang kita, kita kata Allah tak adil.. Siapa kita untuk menilai Allah,apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti itu, Kita ni sendiri hamba-Nya..Allah yang cipta kita..

Sesuatu perkara tu takkan berlaku tanpa izin-Nya. Kita ni hidup bermasyarakat, yang mempunyai pelbagai latar belakang, ragam, dan tingkahlaku. Kadang-kala tanpa kita sedari, kita telah membuatkan seseorang berkecil hati, terasa hati, jauh hati dengan tutur kata dan tingkah laku kita. Mungkin sekadar untuk bergurau, tapi jika orang tak faham dan tak tahan dengan gurauan kita, dia akan menjauh hati dengan kita. kerana MULUT, badan BINASA. Kita mesti tak nak kan, hal yang kecil menyebabkan putus hubungan keluarga dan sahabat. 

Jadi, apa kene mengena dengan bertuah tadi? 


Opkos kita bertuah, kita ni insan terpilih oleh Allah untuk menerima ujian-Nya. Di saat orang memprovokasi kita, menjauhkan diri daripada kita, mensisihkan kita daripada mereka..kita masih ada Allah..Dia tak pernah tinggalkan kita, malah dia bagi ujian sebegitu supaya kita dekatkan diri dengan Dia, supaya kita terus berdoa dan meminta dengan-Nya. Dia nak kita kembali ke pangkal jalan dan sentiasa berada di sisi-Nya. Sebab tu kita ni bertuah. Okay, cuba kita tengok diri kita sendiri cukuplah, apabila Allah memberikan satu kenikmatan dan kesenangan hidup, kita rajin berkomunikasi dengan Allah tak? Jarang...sebab apa, zaman sekarang ni, kebanyakkannya daripada kita, sibuk dengan hal-hal duniawi. Kita sibuk dengan kerja, rumahtangga, belajar, bf/gf...kalau dalam sehari tak contact pakwe tu risau sangat, nanti dia berkecil hati, tp dalam sehari kita tak contact dengan Allah, tak kecil hati ke Dia? Macam mana nak contact Allah ni? Ye!!! Dengan solat dan berdoa. 

Bertuahkan kita...tapi kita selalu lupa yang Allah tu ada dengan kita. Kita lebih mementingkan hal-hal lain daripada Dia. Dalam sehari kita wajib berjumpa dengan Dia 5 kali je, tu pun sekejap je..dalam 10 minit dah selesai. Dalam kealpaan kita kepada Dia, Dia masih sayangkan kita, masih bagi rezeki, masih bagi tubuh badan yang sihat..

Renung-renungkanlah para sahabat..Nilai semula, siapa diri kita. Di level mana kita letakkan Allah dalam hidup kita. Penulisan kali ni bukanlah nak bagi ceramah, sekadar nasihat dan teguran bersama. Selebihnya untuk peringatkan diri sendiri yang mudah alpa dengan kesenangan. 


~~LoveLove Elly~~

Yang Gigih Menulis Elly Fazlina di 2:53:00 PTG Tiada ulasan:
Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)
 Orang Tengah Online

~~Tayang Iklan Sikit~~

~Guest Book~

vps server canada | undefined

~~Si Gadis~~

Foto saya
Elly Fazlina
Kalumpang, Selangor, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

~~DeTiK WaKTu~~

~~MuKa BuKu Si GaDiS~~

Elly Fazlina

Create Your Badge

~~SkaNdeL GaDis~~

Sembang-Sembang

~~GaDiS PuNYa CeRiTa~~

  • ▼  2013 (3)
    • ▼  Januari (3)
      • Lagu OST Kahwin 5 - Hukum Cinta
      • Kita Memang Bertuah...yuhuuuu
      • Mak...Nak Kawen!!!
  • ►  2012 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2011 (11)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Jun (1)

~~PauTaN~~

  • Dalami Islam
  • Dunia Cerpen / Novel
  • UIA
  • UITM
  • UITM N9
  • UITM PERAK
  • UKM
  • UM
  • UMK
  • UMP
  • UMS
  • UMT
  • UNIMAP
  • UNIMAS
  • UNISZA
  • UPM
  • UPNM
  • UPSI
  • USIM
  • USM
  • UTeM
  • UTHM
  • UTM
  • UUM

~~BloG LiSt GaDiS~~

  • GreenAppleKu
    Air Selangor : Sampai Bila Rakyat Nak Sabar?
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • PROFESIONALISME GURU
    Contoh Kajian Tindakan
  • ! salt+sugar =LIFE!!
    Aku ada Dia
  • Globalisasi dan Pembangunan Negara

~~GaDiS MeMBaNTu~~

Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI HAK MILIK PERIBADI CIK ELLY