-->
Jari Menaip Dari Hati Ke Hati

Khamis, 3 Januari 2013

Mak...Nak Kawen!!!

~~Ha? Kau nak kawen? Umur baru nak masuk 20 tahun, ada hati nak kawen? Kerja pon kilang je..apa yg kau nak bagi anak bini makan nanti? Pasir? ~~ 
tu kalau anak lelaki…

Kalau anak perempuan…
~~ Senah, mcm mana kau nak kawen, diri sendiri pon tak pandai jaga lagi,masak pon tak pndai, bangun pon tengah hari…~~

Kan?? Kalau korang tak tanya mak korang pon korang dah tau apa jawapan yang dia bagi, walaupun korang ni dah expert masak, bangun sebelum subuh lg..tp dorang tetap rasa was-was nak bagi korang kawen muda…korang rasa kenapa?

Okay!! Faktor yg pertama ialah faktor umur…korang tgk la umur korang dulu, kalau baru masuk 20 thn, umm awal sgt kot nak kawen..dia pon risau nak lepaskan korang utk hidup berumahtangga, takut nanti rumah ke mana, tangga pulak ke mana…huhu

Faktor yang kedua ialah sikap kita, kalau bangun pon dekat kul 12 tgh hari mcm mana dia nak bagi kita kawen? Anak dgn suami nanti nak makan apa, kalau pukul 12 pon terbongkang atas katil lagi..haha..bangun lambat tu satu hal…kalau mengemas dan memasak pon tak tahu,susah la nanti..takkan setiap masa nak makan kat kedai, baru 3 thn kawen dah ada mcm-mcm penyakit, darah tinggi, kencing manis,sakit jantung dan obesiti…haha..kenapa obesity? Yelah..makanan kat luar tu bukannya berkhasiat sgt pon..lagi baik kalau kita masak sendiri kat rumah..bukan setakat sihat, malahan dah tentu halalan toyyiba lagi..

Faktor ketiga ialah kewangan..kalau perempuan,dah tentu la nak kawen sekali je kan..kalau lelaki pulak dah tentu niatnya, kalau mampu nak tambah satu lagi..hahah…kalau lelaki tak de niat nak menambah isteri, dia tu tak normal..hahaha…jadi sebelum kita nak kawen, persiapkanlah diri dengan kewangan yang kukuh dulu. Semua perbelanjaan kawen, kita yang tanggung. Barulah rasa seronok nak kawen, bukannya membebankan kepala mak ayah kita dengan segala perbelanjaan perkahwinan. Sekarang ni, kos perbelanjaan perkawinan tinggi, semua memerlukan duit sampai mencecah belasan dan puluhan ribu ringgit. Tak salah kalau kita nak berbelanja sebab kita buat kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kita kepada orang ramai supaya tak timbul syak wasangka.

Faktor yang keempat ialah masih belajar. Mak ayah terlalu berharap nak lihat anak-anak mereka berjaya. Jadi, pada pemikiran mereka, apabila anak-anak ini berkahwin, ia akan membebankan si anak untuk memikul banyak tanggungjawab, sebagai seorang anak, pelajar, suami isteri, sebagai ibubapa kepada anak-anak nanti.

Kebanyakkan ibu bapa berpendapat agar anak-anak menamatkan pelajaran terlebih dahulu tanpa memikirkan soal jodoh. Tanpa disedari, halangan dan tentangan daripada keluarga ini jugalah menyebabkan berlakunya masalah sosial anak remaja seperti rogol, pencabulan, berzina, lari rumah bersama teman lelaki, pembuangan bayi..Masa ini lah, anak-anak muda menonton filem-filem lucah bagi memuaskan nafsu mereka yang tak dapat dibendung lagi. Sekarang ni zaman siber, semua benda dapat dilihat dan dicapai dengan pautan laman web dengan hanya sekali klik je. Lihat saja dalam berita sekarang ni, terlalu banyak anak-anak muda yang berani menjalinkan hubungan sebagai suami isteri tanpa memikirkan dosa dan masa depan mereka.

Jadi, jalan keluar bagi anak-anak muda yang dah tak boleh tahan sangat dengan nafsu, berkahwinlah dengan segera. Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya : “ Wahai Ali, terdapat tiga perkara jangan dilewat-lewatkan; (menunaikan) solat apabila tiba waktu, (menguruskan) jenazah apabila tiba dan (mengahwinkan) anak dara apabila bertemu dengan sekufunya.” (Riwayat al-Tirmizi).

Okay!!! Kalau tadi kita senaraikan kenapa mak ayah kita ni tak bagi kita kawen muda. Sekarang ni, kita senaraikan kenapa mak ayah PATUT segerakan perkahwinan tanpa mengira semua faktor-faktor penghalang tadi.

Pertama sekali, sebab ia adalah tuntutan agama dan sunnah Rasulullah s.a.w. Firman Allah yang bermaksud, “ Daripada tanda-tanda kebesaran-Nya, Dia telah menciptakan untukmu pasangan daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteran serta menjadikan antara kamu perasaan kasih dan sayang.” (surah al-Rum 30:21). Ini merupakan sebab kenapa anak muda digalakkan untuk berkahwin, kerana ia dapat mengelakkan daripada gangguan syaitan yang sering mengajak umat manusia terutamanya anak muda ini untuk melakukan maksiat.

Kedua, untuk mengelakkan daripada fitnah dan zina. Zaman sekarang ni terlalu bebas dalam perhubungan, lelaki dan perempuan bebas untuk berpegangan tangan, berpelukan, malahan ada yang tinggal serumah. Belum dilihat lagi seberapa ramai pasangan yang membonceng motor sama-sama, keluar sehingga balik lewat malam, bergurau –senda secara terang-terangan. Maksiat dan zina boleh berlaku disemua tempat, bukan sesetengah tempat ja. Contohnya kat dalam kampus, taman rekreasi, shopping mall, dekat bus stand pon ada. Jadi, memang wajar untuk kita mengikut sunnah Rasulullah s.a.w supaya menyegerakan anak-anak untuk bernikah agar mereka tidak terjerumus ke kancah maksiat.

Ketiga, memelihara diri dan menutup keaiban. Kebanyakkan ibu bapa memang tidak mengizinkan anak untuk berkahwin di awal usia kerana bimbang tidak dapat menguruskan diri dan rumahtangga dalam seuatu masa. Tapi kalau berlaku sesuatu perkara yang memalukan keluarga, contohnya anak ditangkap berkhalwat, anak melakukan sumbang mahram, anak mengandung anak luar nikah dan sebagainya. Ibu bapa tetap akur dengan perkahwinan mereka kan. Okay masa tu, takkan ada urusan pinang-meminang, takkan ada kenduri –kendara, takkan ada barang hantaran, tak ada kad jemputan, dan yang pastinya keluarga ada perasaan MALU.

Keempat adalah tanggungjawab. Apabila sudah berkahwin, anak muda ini akan pandai menguruskan diri sendiri dan keluarganya. Mereka akan lebih bertanggungjawab kerana mereka tahu mereka sudah ada tanggungan. Yang masih belajar, akan belajar bersungguh-sungguh kerana ada orang yang dicintai untuk memberikan galakkan dan sokongan kepada mereka untuk berjaya dan sekaligus membuktikan kepada keluarga bahawa perkahwinan di awal usia bukanlah penghalang mereka untuk berjaya. Mereka tidak akan lagi mempunyai sikap yang malas, membuang masa dan berperangai seperti kebudak-budakan. Malahan fikiran mereka akan lebih terarah kepada sesuatu yang mematangkan seperti mencari rezeki yang halal.  

p/s : mak...pas belajar ni nak kawen boleh tak? kikikiki

~~lovelove Elly~~
Yang Gigih Menulis Elly Fazlina di 12:56:00 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
 Orang Tengah Online

~~Tayang Iklan Sikit~~

~Guest Book~

vps server canada | undefined

~~Si Gadis~~

Foto saya
Elly Fazlina
Kalumpang, Selangor, Malaysia
Lihat profil lengkap saya

~~DeTiK WaKTu~~

~~MuKa BuKu Si GaDiS~~

Elly Fazlina

Create Your Badge

~~SkaNdeL GaDis~~

Sembang-Sembang

~~GaDiS PuNYa CeRiTa~~

  • ▼  2013 (3)
    • ▼  Januari (3)
      • Lagu OST Kahwin 5 - Hukum Cinta
      • Kita Memang Bertuah...yuhuuuu
      • Mak...Nak Kawen!!!
  • ►  2012 (9)
    • ►  Disember (3)
    • ►  November (2)
    • ►  Oktober (2)
    • ►  Februari (2)
  • ►  2011 (11)
    • ►  November (3)
    • ►  Oktober (4)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (2)
    • ►  Jun (1)

~~PauTaN~~

  • Dalami Islam
  • Dunia Cerpen / Novel
  • UIA
  • UITM
  • UITM N9
  • UITM PERAK
  • UKM
  • UM
  • UMK
  • UMP
  • UMS
  • UMT
  • UNIMAP
  • UNIMAS
  • UNISZA
  • UPM
  • UPNM
  • UPSI
  • USIM
  • USM
  • UTeM
  • UTHM
  • UTM
  • UUM

~~BloG LiSt GaDiS~~

  • GreenAppleKu
    Air Selangor : Sampai Bila Rakyat Nak Sabar?
  • ! ✿LYSSA FAIZUREEN✿ !
    Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 34 #AJL34
  • PROFESIONALISME GURU
    Contoh Kajian Tindakan
  • ! salt+sugar =LIFE!!
    Aku ada Dia
  • Globalisasi dan Pembangunan Negara

~~GaDiS MeMBaNTu~~

Dikuasakan oleh Blogger.
BLOG INI HAK MILIK PERIBADI CIK ELLY