Hari ni kita nak bercerita mengenai dengan tuah..ha? bertuah? apa yg bertuah ni? cabutan bertuah ke? nak..nak..nak.....
Opsss!!! Nanti dulu...
bukan cabutan bertuah la..tapi nak cite betapa bertuahnya diri kita ni hidup di muka bumi Allah..
Yela..Memang kita bertuah sangat, sebab kita masih hidup dalam keadaan yang aman dan tenteram.Tidak seperti di Palestin, MasyaAllah, kasihan saudara kita disana yang masih hidup dalam keadaan pergolakan. Tapi mereka tidak takut mati..kerana apa? Mati syahid itu indah...Kita masih bertuah kerana dikurniakan tubuh badan yang sihat, bebas daripada penyakit, dilimpahkan dengan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa. Kita patut rasa bersyukur sebabnya kita ni ada pendidikan, walaupun masa darjah 6 dulu korang lari dari ambil exam UPSR. At least korang tau ABC, pandai membaca dan mengira.
Tetapi perlu diingat, jangan kerana sedikit kesusahan, kita berpaling tadah dengan Allah, kita katakan yang Allah tak sayang kita, kita kata Allah tak adil.. Siapa kita untuk menilai Allah,apa lagi menghukum dengan kata-kata seperti itu, Kita ni sendiri hamba-Nya..Allah yang cipta kita..
Sesuatu perkara tu takkan berlaku tanpa izin-Nya. Kita ni hidup bermasyarakat, yang mempunyai pelbagai latar belakang, ragam, dan tingkahlaku. Kadang-kala tanpa kita sedari, kita telah membuatkan seseorang berkecil hati, terasa hati, jauh hati dengan tutur kata dan tingkah laku kita. Mungkin sekadar untuk bergurau, tapi jika orang tak faham dan tak tahan dengan gurauan kita, dia akan menjauh hati dengan kita. kerana MULUT, badan BINASA. Kita mesti tak nak kan, hal yang kecil menyebabkan putus hubungan keluarga dan sahabat.
Jadi, apa kene mengena dengan bertuah tadi?
Opkos kita bertuah, kita ni insan terpilih oleh Allah untuk menerima ujian-Nya. Di saat orang memprovokasi kita, menjauhkan diri daripada kita, mensisihkan kita daripada mereka..kita masih ada Allah..Dia tak pernah tinggalkan kita, malah dia bagi ujian sebegitu supaya kita dekatkan diri dengan Dia, supaya kita terus berdoa dan meminta dengan-Nya. Dia nak kita kembali ke pangkal jalan dan sentiasa berada di sisi-Nya. Sebab tu kita ni bertuah. Okay, cuba kita tengok diri kita sendiri cukuplah, apabila Allah memberikan satu kenikmatan dan kesenangan hidup, kita rajin berkomunikasi dengan Allah tak? Jarang...sebab apa, zaman sekarang ni, kebanyakkannya daripada kita, sibuk dengan hal-hal duniawi. Kita sibuk dengan kerja, rumahtangga, belajar, bf/gf...kalau dalam sehari tak contact pakwe tu risau sangat, nanti dia berkecil hati, tp dalam sehari kita tak contact dengan Allah, tak kecil hati ke Dia? Macam mana nak contact Allah ni? Ye!!! Dengan solat dan berdoa.
Bertuahkan kita...tapi kita selalu lupa yang Allah tu ada dengan kita. Kita lebih mementingkan hal-hal lain daripada Dia. Dalam sehari kita wajib berjumpa dengan Dia 5 kali je, tu pun sekejap je..dalam 10 minit dah selesai. Dalam kealpaan kita kepada Dia, Dia masih sayangkan kita, masih bagi rezeki, masih bagi tubuh badan yang sihat..
Renung-renungkanlah para sahabat..Nilai semula, siapa diri kita. Di level mana kita letakkan Allah dalam hidup kita. Penulisan kali ni bukanlah nak bagi ceramah, sekadar nasihat dan teguran bersama. Selebihnya untuk peringatkan diri sendiri yang mudah alpa dengan kesenangan.
~~LoveLove Elly~~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan